Pages

Sunday, July 7, 2013

Wanita Dan Dakwah






Kedudukan wanita merupakan satu elemen yang bukan sahaja dilabelkan sebagai “perlu” tetapi adalah “penting” dalam lapangan dakwah.Posisi wanita dalam gerak kerja dakwah islam  adalah pelbagai.Sekiranya bukan dihadapan,ditengah.Sekiranya bukan ditengah,dibelakang.Perumpamaan yang dapat dibuat adalah seperti sebuah jam yang mempunyai 3 jarum,walaupun masing-masing ada pergerakan yang berbeza,namun ketiga-tiga jarum tersebut sangat penting untuk menggerak sebuah jam Sekiranya tiada salah satu jarum,maka akan terdapat kecacatan dalam jam tersebut..

Amat rugilah seorang wanita yang langsung  tidak melibatkan dirinya didalam urusan duniawi yang menyampaikan kepada ukhrawi ini dan menganggap kerja dakwah adalah urusan kaum adam sahaja.Ini adalah salah,kerana apa?kerana,Kerja dakwah bukanlah terpundak dibahu lelaki semata-mata,akan tetapi kerja-kerja dakwah ini  adalah sama diantara lelaki dan wanita dan tiada perbezaan disisi Allah melainkan hanyalah taqwa,sebagaimana telah berfirman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat,ayat 13 yang bermaksud :

“Wahai manusia ! kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita,dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal mengenal antara satu sama lain.Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan lagi maha mendalam pengetahuannya”.
Jelaslah kepada kita bahawa setiap yang diturunkan oleh Allah SWT semuanya mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri.Apabila disebut tentang dakwah seorang wanita,bukan semestinya perlu keluar ketempat  awan lalu menyampaikan tazkirah,pidato dan sebagainya.Sesungguhnya Allah telah berfirman didalam surah As-syarh ayat 5 yang bermaksud :

“Maka sesungguhnya bersama  kesulitan ada kemudahan”
Dan Allah mengulanginya didalam ayat selepasnya,ayat ke 6 :

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
Jadi,setiap wanita telah ada posisi dakwah masing-masing yang tidak memberatkan,contohnya seseorang wanita itu bekerja sebagai guru,maka,dakwah beliau terlebih utama dalam pembentukan syakhsiah anak-anak murid.Sekiranya seorang wanita itu bekerja sebagai seorang doctor,maka,perlu lebih mengenalkan pesakit-pesakit kepada sang pencipta yang mendatangkan penyakit dan yang menyembuhkan penyakit tersebut,sekiranya seorang suri rumah,maka dakwah beliau lebih tertumpu kepada anak-anak dan jiran-jiran terdekat,dan apabila seseorang itu yang sememangnya dikenali sebagai seorang aktivis dakwah atau Seorang pendakwah,maka,terlebih utama disitu beliau turun dan bersama dengan masyarakat dan menyampaikan sesuatu dengan Uslub-uslub dakwah yang terbaik.
Mungkin sesetengah wanita sangat berminat untuk berdakwah,akan tetapi,malu telah menguasai diri.Disitu juga ada peranannya.Kerana,dakwah juga mampu disampaikan melalui perbuatan-perbuatan yang boleh dilihat masyarakat.Dengan tampilkan kelembutan islam,kebijaksanaan, dan yang terpenting adalah akhlak yang ditonjolkan.sepertimana sabda Rasulullah  s.a.w :

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak”
Sepertimana satu kisah seorang kafir yang tua,dan disuapkan nabi dengan lemah lembut sehingga orang tua tersebut dapat mengenali  cara suapan baginda dengan sahabat.Juga akhlak yang ditonjolkan oleh baginda mampu mengislamkan ramai kafir musyrikin.
Untuk mencapai suatu hadaf,disitu perlu adanya pengorbanan,Pengorbanan dari pelbagai sudut.Dari sudut masa dengan keluarga dan kawan-kawan,menginfakkan harta,juga Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 20 yang bermaksud :
          
         Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi derajatnya disisi Allah.Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

Sebagai seorang wanita yang mempunyai kefahaman jelas tentang agama,tidak sepatutnya termasuk dalam golongan mereka-mereka yang masih leka dengan dunia membeli-belah,berlumba-lumba dalam berfesyen yang terbaru dan sebagainya.Amat sedih sekali sekiranya ada diantara kita yang termasuk dalam permainan yang dimainkan oleh kehidupan barat.

No comments:

Post a Comment