Pages

Tuesday, July 2, 2013

BE STRONG AND POSITIF

Selepas selesai siapkan kerja yang sedikit tertangguh semasa imtihan,jari jemari menari rancak menekan huruf F A C E B O O K.Sedang asyik mata melayari facebook mencari isu-isu semasa sambil telinga disulam aluan nasyid menghilangkan suasana sunyi malam,tapi hati tetap tidak tenang.mengapakah???

Teringat pulak ayat motivasi dari Allah :

ala bizikrillahi tatmainnal qulub,,hanya dengan berzikir,hati akan maenjadi tenang.

Sedang mengingatiNYA..aku terfikir,teruknya diri ini,apabila senang,tidak pula sentiasa mengingati Allah dengan pelbagai lafaz memuji,tetapi apabila susah.pandai pula mencari pergantungan,
Bila fikir-fikir lagi,,Tersangat baik pencipta diriku dengan aku,tersangat sayang dia dengan aku..tapi sekiranya diri aku sendiri?
Apabila aku semakin jauh darinya,maka dia akan datangkan sesuatu kepadaku supaya aku kembali dekat dengan DIA.
Tidak dinafikan,memang DIA sangat pengasih dan penyayang.

Ya rahman..Ya Rahim..
Ampunilah kesalahan-kesalahanku,

Aku terfikir kata-kataku  dan rungutanku kepada sahabatku tentang masalah dan tekanan yang sedang aku alami.sedangkan aku lupa yang segalanya adalah dariMu untuk aku kembali dekat denganMu.

Ya Rabbana,
wahai penjaga hatiku,thabatkan hatiku atas landasan agama ini dan atas ketaatan kepadamu.
sesungguh dari aku sendiri..aku sangat tidak kuat untuk menggalas amanah ini.tetapi aku sangat yakin dan percaya bahawa Allah tuhanku tidak akan membebani hambanya yang dikasihi diluar kemampuan.

Asykur ila ALLAH..



No comments:

Post a Comment