Pages

Monday, July 25, 2011

..;;HATI DAN AKAL::..

SUATU KETIKA...

hati:terdetik untuk lakukan sesuatu(yang terkeluar dari batas syariat)

akal:ha!!apa yang awak nak buat tu hati.fikir semula,,jgn sesuka hati je..

hati:erm…(cuak)saya tak buat apa-apa pun.(mcm mana hati cuak pon xtau lah..hihi)

Akal: (nada slow)hati…hati…jangan tipu saya..kita ni sejasad..awak nak.......kan???jelas-jelas salah kan tu..tajdid niat balik..

Hati:yeke..astagfirulah…terima kasih akal..kerana teguran awak..

Akal:sama-sama..kita kan dalam satu badan manusia..apa salahnya saling tegur menegur antara satu sama lain.

hati:saya ni kene bersihkan diri saya ni..bahaya untuk tuan jasad..tuan ni pun satu..berzikir la selalu..supaya saya dapat jadi cerah skit..kan akal..

(akal senyum je sebab akal xcerah pon..samo matang je.:P)

Melalut sikit..hihi..sedih tengok remaja sekarang..lakukan sesuatu tanpa berfikir..so..tidak salah kan kalau kita saling tegur menegur..jika sahabat kita ingin lakukan sesuatu yang elok,kita boleh membantu.tapi jika sebaliknya..maka tugas kita untuk menegur..manusia mudah alpa dan leka.tambahan pula ada nafsu dan syaitan yang sering mendorong kea rah kegelapan..

Kegembiraan seorang mukmin akan tampak pada wajahnya, sedangkan kesedihannya tersimpan di dalam hatinya. Hati dan nuraninya dapat mencegah segala bentuk kejahatan dan mendorong untuk melakukan segala bentuk kebaikan. Hatinya dapat mengendalikan sifat iri hati, dengki, memaki orang lain, perbuatan tercela, kebencian, kesombongan, dan ingin dipuji.

Sabda Nabi s.a.w."sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Oleh itu,sebelum melakukan sesuatu,tanyalah hati(iman)dan fikirlah dengan akal agar sesuatu yang dilakukan tidak memudaratkan dan mendatang murka Allah s.w.t,bahkan, menjadi kebaikan kepada diri kita serta orang lain serta mendapat redho Allah dalam apa jua yang bakal dilakukan.

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal…

Saturday, July 23, 2011

..::QIAMULLAIL::..

Fuh..bersawang blog ni..lama dah tak update..apa-apa pun..Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur dan diberi keizinan untuk bersua kembali dalam blog ni...terus kepada tajuk sebelum terkeluar dari tajuk..:)

Dalam sebuah hadis,Aisyah menceritakan,Rasulullah berkata:
"Ada tiga perkara yang wajib bagiku dan kamu semua walaupun hukumnya sunat.Tiga perkara itu adalah solat witir,memberus gigi dan Qiamullail"

Rasulullah dijamin masuk syurga.ini kerana dosanya yang terdahulu dan akan datang sudanh diampunkan.Namun demikian,Baginda aktif mengerjakan qiamullail.Samaada dalam suasana perang sekalipun,Baginda akan meluangkan masa untuk bermunajat kepada Allah pada waktu malam.

Huzaifah bin al-yaman ditanya seorang pemuda dari Kufah,"Wahai Abu Abdullah,pernahkah engkau bersama dengan Rasulullah??"Huzaifah membalas"Ya,saya dan para sahabat bersama dengan Rasulullah."pemuda itu terus bertanya,"Apakah yang kamu semua lakukan?" Huzaifah menjawab,"Demi Allah,aku dan para sahabat menemaninya dalam perang Khandak."Pemuda itu menung skejap dan berkata,jika aku dpat bersama dengannya,tentu aku tidak akan membiarkannya berjalan diatas muka bumi."."Apa maksudmu??"soal Huzaifah.Pemuda itu menjawab,Aku tentu mengusung Baginda menggunakan Tandu."Huzaifah berkata,"Wahai anak muda,demi Allah,semasa kami bersama Rasulullah di Khandak,baginda sentiasa mengerjakan solat dibahagian malam.sesudah solat,beliau berpaling kearah kami,dan berkata:

"Sesiapa yang mengerjakan solat malam dengan mencontohi aku,maka urusan Allah memastikan dia kembali dan memasukkannya kedalam syurga..."

Walaupun pada kebiasaan manusia,solat malam amat berat untuk dilakukan.Walaupun berat,Rasulullah memberikan contoh teladan dan menyarankan umatnya supaya mengerjakannya.dalam keadaan sakit sekalipun,Baginda tetap melakukannya samaada duduk atau berbaring.Ini kerana terdapat rahsia dan keistimewaan yang luar biasa di sebalik Qiamullail.

Daripada Aisyah r.a:

"Rasulullah tidak meninggalkan Qiamullail.Apabila Baginda sakit ataupun penat,baginda Rasulullah akan bersolat sambil duduk." Wallahua'lam...

P/s:Rasulullah manusia yang terjamin masuk syurga pun melakukan Qiamullail setiap malam memohon ampun tidak kira waktu..kita pula..dah la tidak terjamin masuk syurga,Qiamullail pun ada waktunya..paling-paling nampak sekali,dimusim peperiksaan..muhasabah untuk diri sendiri dan sahabat semua..:)