Kedudukan
wanita merupakan satu elemen yang bukan sahaja dilabelkan sebagai “perlu”
tetapi adalah “penting” dalam lapangan dakwah.Posisi wanita dalam gerak kerja
dakwah islam adalah pelbagai.Sekiranya
bukan dihadapan,ditengah.Sekiranya bukan ditengah,dibelakang.Perumpamaan yang
dapat dibuat adalah seperti sebuah jam yang mempunyai 3 jarum,walaupun
masing-masing ada pergerakan yang berbeza,namun ketiga-tiga jarum tersebut
sangat penting untuk menggerak sebuah jam Sekiranya tiada salah satu jarum,maka
akan terdapat kecacatan dalam jam tersebut..
Amat rugilah
seorang wanita yang langsung tidak
melibatkan dirinya didalam urusan duniawi yang menyampaikan kepada
ukhrawi ini dan menganggap kerja dakwah adalah urusan kaum adam sahaja.Ini
adalah salah,kerana apa?kerana,Kerja dakwah bukanlah terpundak dibahu lelaki
semata-mata,akan tetapi kerja-kerja dakwah ini adalah sama diantara lelaki dan wanita dan tiada
perbezaan disisi Allah melainkan hanyalah taqwa,sebagaimana telah berfirman Allah
SWT di dalam surah Al-Hujurat,ayat 13 yang bermaksud :
“Wahai manusia ! kami telah ciptakan kamu lelaki dan
wanita,dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal
mengenal antara satu sama lain.Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan
kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan lagi maha mendalam pengetahuannya”.
Jelaslah kepada kita bahawa setiap yang diturunkan oleh Allah
SWT semuanya mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri.Apabila disebut
tentang dakwah seorang wanita,bukan semestinya perlu keluar ketempat awan lalu menyampaikan tazkirah,pidato dan
sebagainya.Sesungguhnya Allah telah berfirman didalam surah As-syarh ayat 5
yang bermaksud :
“Maka sesungguhnya bersama
kesulitan ada kemudahan”
Dan Allah
mengulanginya didalam ayat selepasnya,ayat ke 6 :
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
Jadi,setiap
wanita telah ada posisi dakwah masing-masing yang tidak memberatkan,contohnya
seseorang wanita itu bekerja sebagai guru,maka,dakwah beliau terlebih utama
dalam pembentukan syakhsiah anak-anak murid.Sekiranya seorang wanita itu
bekerja sebagai seorang doctor,maka,perlu lebih mengenalkan pesakit-pesakit
kepada sang pencipta yang mendatangkan penyakit dan yang menyembuhkan penyakit
tersebut,sekiranya seorang suri rumah,maka dakwah beliau lebih tertumpu kepada
anak-anak dan jiran-jiran terdekat,dan apabila seseorang itu yang sememangnya
dikenali sebagai seorang aktivis dakwah atau Seorang pendakwah,maka,terlebih
utama disitu beliau turun dan bersama dengan masyarakat dan menyampaikan
sesuatu dengan Uslub-uslub dakwah yang terbaik.
Mungkin
sesetengah wanita sangat berminat untuk berdakwah,akan tetapi,malu telah
menguasai diri.Disitu juga ada peranannya.Kerana,dakwah juga mampu disampaikan
melalui perbuatan-perbuatan yang boleh dilihat masyarakat.Dengan tampilkan
kelembutan islam,kebijaksanaan, dan yang terpenting adalah akhlak yang
ditonjolkan.sepertimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan Akhlak”
Sepertimana
satu kisah seorang kafir yang tua,dan disuapkan nabi dengan lemah lembut sehingga
orang tua tersebut dapat mengenali cara
suapan baginda dengan sahabat.Juga akhlak yang ditonjolkan oleh baginda mampu
mengislamkan ramai kafir musyrikin.
Untuk mencapai suatu hadaf,disitu perlu adanya
pengorbanan,Pengorbanan dari pelbagai sudut.Dari sudut masa dengan keluarga dan
kawan-kawan,menginfakkan harta,juga Allah telah berfirman dalam surah At-taubah
ayat 20 yang bermaksud :
Orang-orang
yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa
mereka,adalah lebih tinggi derajatnya disisi Allah.Mereka itulah orang-orang
yang memperoleh kemenangan.
Sebagai seorang wanita yang mempunyai kefahaman jelas tentang
agama,tidak sepatutnya termasuk dalam golongan mereka-mereka yang masih leka
dengan dunia membeli-belah,berlumba-lumba dalam berfesyen yang terbaru dan
sebagainya.Amat sedih sekali sekiranya ada diantara kita yang termasuk dalam
permainan yang dimainkan oleh kehidupan barat.