Pages

Sunday, August 14, 2011

Tarawih Zaman Umar bin Khattab

Pada zaman Khalifah Umar bin Khattab,semakin ramailah umat islam yang mengamalkan solat sunat tarawih ini.Abdul Rahman bin Abdul Qariy berkata:"pada suatu malam di bulan Ramadhan,aku keluar bersama Umar bin Khattab ke masjid,maka isi masjid berkelompok-kelompok.Ada yang solat sendiri dan ada yang diikuti beberapa orang.

Umar bin Khattab berkata:"Saya terfikir,alangkah baiknya jikalau mereka ini dijamaahkan dibawah seorang imam."Kemudian Umar bin Khattab menyuruh Ubay bin Ka'ab untuk mengimami mereka.

Kemudian aku keluar lagi bersama Umar di malam yang lain.ketika manusia sedang bersolat jemaah dibawah pimpinan seorang imam.lalu Umar berkata:"inilah sebaik-baik bid'ah,dan yang tidur dahulu kemudian bangun ditengah malam lebih baik dari yang terus solat di awal malam.(H.R.Bukhari,Ibnu Kuzaimah dan Baihaqi)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi,Umar juga pernah menunjuk kearah Tamim Ad Daariy untuk menjadi imam bagi kaum wanita.

oleh sebab itu,solat berjemaah dibawah pimpinan seorang imam telah dikerjakan dizaman Rasullullah s.a.w lagi.dan Umar hanya menggerakkan kembali setelah sekian lama perkara itu tidak dilakukan.sebab itu,solat terawih berjemaah tidak boleh digolongkan dalam perkara bid'ah sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian ulama'.

Adapun Ucapan Umar bin Khattab: ni'matul bid'ah haadzihi(inilah sebaik-baik bid'ah),bukan bid'ah dalam syara' tetapi bid'ah dalam makna lughawi.iaitu sesuatu yang badi'(indah) yang sabit dari rasullallah s.a.w tetapi telah ditinggalkan pada zaman Abu Bakar.

Menurut riwayat tentang Umar bin Khattab tadi oleh imam As-sayuti.bahawasanya Umar tidak ikut solat tarawih berjemaah dan solat bersendirian di rumah kerana solat bersendirian di akhir mala lebih afdhal dari solat diawal malam.itulah sebabnya beliau menunjukkan Ubay bin Ka'ab untuk menjadi imam.Bukan beliau sendiri kerana kedudukan seorang Khalifah akan mengimami semua soalt fardhu...wallahu taala a'lam.


No comments:

Post a Comment