Pages

Saturday, July 23, 2011

..::QIAMULLAIL::..

Fuh..bersawang blog ni..lama dah tak update..apa-apa pun..Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur dan diberi keizinan untuk bersua kembali dalam blog ni...terus kepada tajuk sebelum terkeluar dari tajuk..:)

Dalam sebuah hadis,Aisyah menceritakan,Rasulullah berkata:
"Ada tiga perkara yang wajib bagiku dan kamu semua walaupun hukumnya sunat.Tiga perkara itu adalah solat witir,memberus gigi dan Qiamullail"

Rasulullah dijamin masuk syurga.ini kerana dosanya yang terdahulu dan akan datang sudanh diampunkan.Namun demikian,Baginda aktif mengerjakan qiamullail.Samaada dalam suasana perang sekalipun,Baginda akan meluangkan masa untuk bermunajat kepada Allah pada waktu malam.

Huzaifah bin al-yaman ditanya seorang pemuda dari Kufah,"Wahai Abu Abdullah,pernahkah engkau bersama dengan Rasulullah??"Huzaifah membalas"Ya,saya dan para sahabat bersama dengan Rasulullah."pemuda itu terus bertanya,"Apakah yang kamu semua lakukan?" Huzaifah menjawab,"Demi Allah,aku dan para sahabat menemaninya dalam perang Khandak."Pemuda itu menung skejap dan berkata,jika aku dpat bersama dengannya,tentu aku tidak akan membiarkannya berjalan diatas muka bumi."."Apa maksudmu??"soal Huzaifah.Pemuda itu menjawab,Aku tentu mengusung Baginda menggunakan Tandu."Huzaifah berkata,"Wahai anak muda,demi Allah,semasa kami bersama Rasulullah di Khandak,baginda sentiasa mengerjakan solat dibahagian malam.sesudah solat,beliau berpaling kearah kami,dan berkata:

"Sesiapa yang mengerjakan solat malam dengan mencontohi aku,maka urusan Allah memastikan dia kembali dan memasukkannya kedalam syurga..."

Walaupun pada kebiasaan manusia,solat malam amat berat untuk dilakukan.Walaupun berat,Rasulullah memberikan contoh teladan dan menyarankan umatnya supaya mengerjakannya.dalam keadaan sakit sekalipun,Baginda tetap melakukannya samaada duduk atau berbaring.Ini kerana terdapat rahsia dan keistimewaan yang luar biasa di sebalik Qiamullail.

Daripada Aisyah r.a:

"Rasulullah tidak meninggalkan Qiamullail.Apabila Baginda sakit ataupun penat,baginda Rasulullah akan bersolat sambil duduk." Wallahua'lam...

P/s:Rasulullah manusia yang terjamin masuk syurga pun melakukan Qiamullail setiap malam memohon ampun tidak kira waktu..kita pula..dah la tidak terjamin masuk syurga,Qiamullail pun ada waktunya..paling-paling nampak sekali,dimusim peperiksaan..muhasabah untuk diri sendiri dan sahabat semua..:)

No comments:

Post a Comment