Pages

Monday, August 22, 2011

Bakal Usahawan Islam


^_^Assalamualaikum..alhamdulillah..jumpa lg..kali ni kisahnye bila nak raya..:)..okkeh..ni utk madam syahida nk tgk..mak abah pon bleh tgk..power betol anak maka abah skrg..huhu..xleh upload dlm fb..ramai plak tempah nti..tempahan dah tutup dah pon..hee..

ok..tgk dan nilaikan yer..sebarang muhasabah..boleh bgtau terus..boleh ubah dr yg biasa ke yg luar biasa plak pasni..insyaallah..:)


kueh makmor..resepi tertutup..:P



pelbagai aneka rasa..tp byknye manis la..:)


kueh tiram@kerepak tiram@lidah buaya@kapal terbang


corn flakes coklat


biskut mazola@kueh mazola


almond london@al-maendon

alhmdulillah..ni je yg sempat jadi bulan2 posa ni..byk2 sangat nanti sampai tak pegang al-quran plak...tak ke rugi besso tu..:)..

tempahan meluas..sampai ke kaherah..dumyat..utk rumah terbuka DPM Mansurah..erm..yang pasti..nanti jemput datang umah terbuka bet bait fawwaz baru n akrimi....kami buat umah terbuka gabungan..menu utama..kuey tiaw sup..rugi tu kalau tak datang.tp xtau lg raya ke bape..hee...

orait,sampai sini dulu..yg lain2 tu lain kali plak..Allah berfirman dalam al-quran..

Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman-tanaman di bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanaman-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang berfikir.

p/s : oleh itu..tak yah la nak bangga sangat dengan keuntungan dunia ni..cari keuntungan akhirat yg terlebih aula..:)..sekian.


Sunday, August 14, 2011

Tarawih Zaman Umar bin Khattab

Pada zaman Khalifah Umar bin Khattab,semakin ramailah umat islam yang mengamalkan solat sunat tarawih ini.Abdul Rahman bin Abdul Qariy berkata:"pada suatu malam di bulan Ramadhan,aku keluar bersama Umar bin Khattab ke masjid,maka isi masjid berkelompok-kelompok.Ada yang solat sendiri dan ada yang diikuti beberapa orang.

Umar bin Khattab berkata:"Saya terfikir,alangkah baiknya jikalau mereka ini dijamaahkan dibawah seorang imam."Kemudian Umar bin Khattab menyuruh Ubay bin Ka'ab untuk mengimami mereka.

Kemudian aku keluar lagi bersama Umar di malam yang lain.ketika manusia sedang bersolat jemaah dibawah pimpinan seorang imam.lalu Umar berkata:"inilah sebaik-baik bid'ah,dan yang tidur dahulu kemudian bangun ditengah malam lebih baik dari yang terus solat di awal malam.(H.R.Bukhari,Ibnu Kuzaimah dan Baihaqi)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi,Umar juga pernah menunjuk kearah Tamim Ad Daariy untuk menjadi imam bagi kaum wanita.

oleh sebab itu,solat berjemaah dibawah pimpinan seorang imam telah dikerjakan dizaman Rasullullah s.a.w lagi.dan Umar hanya menggerakkan kembali setelah sekian lama perkara itu tidak dilakukan.sebab itu,solat terawih berjemaah tidak boleh digolongkan dalam perkara bid'ah sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian ulama'.

Adapun Ucapan Umar bin Khattab: ni'matul bid'ah haadzihi(inilah sebaik-baik bid'ah),bukan bid'ah dalam syara' tetapi bid'ah dalam makna lughawi.iaitu sesuatu yang badi'(indah) yang sabit dari rasullallah s.a.w tetapi telah ditinggalkan pada zaman Abu Bakar.

Menurut riwayat tentang Umar bin Khattab tadi oleh imam As-sayuti.bahawasanya Umar tidak ikut solat tarawih berjemaah dan solat bersendirian di rumah kerana solat bersendirian di akhir mala lebih afdhal dari solat diawal malam.itulah sebabnya beliau menunjukkan Ubay bin Ka'ab untuk menjadi imam.Bukan beliau sendiri kerana kedudukan seorang Khalifah akan mengimami semua soalt fardhu...wallahu taala a'lam.


Monday, July 25, 2011

..;;HATI DAN AKAL::..

SUATU KETIKA...

hati:terdetik untuk lakukan sesuatu(yang terkeluar dari batas syariat)

akal:ha!!apa yang awak nak buat tu hati.fikir semula,,jgn sesuka hati je..

hati:erm…(cuak)saya tak buat apa-apa pun.(mcm mana hati cuak pon xtau lah..hihi)

Akal: (nada slow)hati…hati…jangan tipu saya..kita ni sejasad..awak nak.......kan???jelas-jelas salah kan tu..tajdid niat balik..

Hati:yeke..astagfirulah…terima kasih akal..kerana teguran awak..

Akal:sama-sama..kita kan dalam satu badan manusia..apa salahnya saling tegur menegur antara satu sama lain.

hati:saya ni kene bersihkan diri saya ni..bahaya untuk tuan jasad..tuan ni pun satu..berzikir la selalu..supaya saya dapat jadi cerah skit..kan akal..

(akal senyum je sebab akal xcerah pon..samo matang je.:P)

Melalut sikit..hihi..sedih tengok remaja sekarang..lakukan sesuatu tanpa berfikir..so..tidak salah kan kalau kita saling tegur menegur..jika sahabat kita ingin lakukan sesuatu yang elok,kita boleh membantu.tapi jika sebaliknya..maka tugas kita untuk menegur..manusia mudah alpa dan leka.tambahan pula ada nafsu dan syaitan yang sering mendorong kea rah kegelapan..

Kegembiraan seorang mukmin akan tampak pada wajahnya, sedangkan kesedihannya tersimpan di dalam hatinya. Hati dan nuraninya dapat mencegah segala bentuk kejahatan dan mendorong untuk melakukan segala bentuk kebaikan. Hatinya dapat mengendalikan sifat iri hati, dengki, memaki orang lain, perbuatan tercela, kebencian, kesombongan, dan ingin dipuji.

Sabda Nabi s.a.w."sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Oleh itu,sebelum melakukan sesuatu,tanyalah hati(iman)dan fikirlah dengan akal agar sesuatu yang dilakukan tidak memudaratkan dan mendatang murka Allah s.w.t,bahkan, menjadi kebaikan kepada diri kita serta orang lain serta mendapat redho Allah dalam apa jua yang bakal dilakukan.

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal…

Saturday, July 23, 2011

..::QIAMULLAIL::..

Fuh..bersawang blog ni..lama dah tak update..apa-apa pun..Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur dan diberi keizinan untuk bersua kembali dalam blog ni...terus kepada tajuk sebelum terkeluar dari tajuk..:)

Dalam sebuah hadis,Aisyah menceritakan,Rasulullah berkata:
"Ada tiga perkara yang wajib bagiku dan kamu semua walaupun hukumnya sunat.Tiga perkara itu adalah solat witir,memberus gigi dan Qiamullail"

Rasulullah dijamin masuk syurga.ini kerana dosanya yang terdahulu dan akan datang sudanh diampunkan.Namun demikian,Baginda aktif mengerjakan qiamullail.Samaada dalam suasana perang sekalipun,Baginda akan meluangkan masa untuk bermunajat kepada Allah pada waktu malam.

Huzaifah bin al-yaman ditanya seorang pemuda dari Kufah,"Wahai Abu Abdullah,pernahkah engkau bersama dengan Rasulullah??"Huzaifah membalas"Ya,saya dan para sahabat bersama dengan Rasulullah."pemuda itu terus bertanya,"Apakah yang kamu semua lakukan?" Huzaifah menjawab,"Demi Allah,aku dan para sahabat menemaninya dalam perang Khandak."Pemuda itu menung skejap dan berkata,jika aku dpat bersama dengannya,tentu aku tidak akan membiarkannya berjalan diatas muka bumi."."Apa maksudmu??"soal Huzaifah.Pemuda itu menjawab,Aku tentu mengusung Baginda menggunakan Tandu."Huzaifah berkata,"Wahai anak muda,demi Allah,semasa kami bersama Rasulullah di Khandak,baginda sentiasa mengerjakan solat dibahagian malam.sesudah solat,beliau berpaling kearah kami,dan berkata:

"Sesiapa yang mengerjakan solat malam dengan mencontohi aku,maka urusan Allah memastikan dia kembali dan memasukkannya kedalam syurga..."

Walaupun pada kebiasaan manusia,solat malam amat berat untuk dilakukan.Walaupun berat,Rasulullah memberikan contoh teladan dan menyarankan umatnya supaya mengerjakannya.dalam keadaan sakit sekalipun,Baginda tetap melakukannya samaada duduk atau berbaring.Ini kerana terdapat rahsia dan keistimewaan yang luar biasa di sebalik Qiamullail.

Daripada Aisyah r.a:

"Rasulullah tidak meninggalkan Qiamullail.Apabila Baginda sakit ataupun penat,baginda Rasulullah akan bersolat sambil duduk." Wallahua'lam...

P/s:Rasulullah manusia yang terjamin masuk syurga pun melakukan Qiamullail setiap malam memohon ampun tidak kira waktu..kita pula..dah la tidak terjamin masuk syurga,Qiamullail pun ada waktunya..paling-paling nampak sekali,dimusim peperiksaan..muhasabah untuk diri sendiri dan sahabat semua..:)